Lebih 100 orang sukarelawan dari Saito University College telah turun padang menjayakan program kemasyarakatan bersama Orang Asli di Pantai Cunang, Tanjong Sepat.
Program ini merupakan kerjasama antara pihak Saito University College bersama Team Selangor, Majlis Perbandaran Kuala Langat dan Persatuan Orang Asli Pantai Cunang.
Antara aktiviti yang dilakukan termasuklah mengecat mural di tandas awam, membersihkan kawasan persisiran pantai serta aktiviti santai bersama kaum Orang Asli suku Mahmeri.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam mengekalkan keindahan Pantai Cunang, Tanjung Sepat.
Semoga aktiviti kemasyarakatan ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Team Selangor juga berbesar hati untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi yang berminat dalam memperkasakan komuniti di Negeri Selangor.
