1. Masak lauk lebih

Masak sesuatu seperti lauk pauk atau pun kuih sudah cukup untuk menggembirakan jiran anda. Hantar makanan yang anda masak kepada jiran anda. Beritahu bahawa anda terfikir mengenai mereka jadi anda memutuskan untuk masak sesuatu untuk mereka.

2. Beli buah tangan

Tak sempat nak masak? Tiada masalah, tak semestinya anda perlu masak sendiri, anda boleh sahaja membeli makanan dari luar dan hantar kepada jiran.

3. Prihatin

Sentiasa peka dengan persekitaran anda, cari apa sahaja cara untuk bantu jiran anda. Contohnya anda perasan jiran anda sedang menyapu daun kering, atau sedang mengecat rumah, anda boleh turun sekali membawa “cakar” berserta air ribena satu jag dan bantu selesaikan tugas bersama.

4. Dengar

Jangan hanya senyum dan lambai sahaja sewaktu melintas di depan rumah jiran. Berhenti dan berbual tanyakan kepada mereka apa yang mereka lakukan kebelakangan ini dan bagaimana keadaan keluarga mereka. Dengar dengan teliti apa jawapan mereka dan sekiranya apa yang dikatakan menarik perhatian anda, boleh hulurkan bantuan atau paling kurang, doakan mereka. Jangan lupa untuk menawarkan bantuan tentang apa sahaja yang anda boleh bantu kepada mereka.

5. Anjur

Anjurkan aktiviti bersama jiran. Tidak kisah aktiviti apa seperti berkelah di padang taman anda, kejohanan badminton atas jalan atau aktiviti bedah buku. Ada satu idea anda sebagai penganjur aktiviti sosial aiskrim, di mana semua orang diminta membawa satu jenis aiskrim dan satu “topping”, anda sediakan mangkuk, sudu dan tisu napkin, semua orang cuba untuk teka aiskrim yang mereka makan.

6. Berat sama dipikul

Adakah anda tahu sesiapa di kejiranan anda sedang bergelut dengan ahli keluarga yang sakit, kematian atau penambahan ahli keluarga. Sudah tentu mereka memerlukan pertolongan. Cari cara yang kreatif untuk membantu mereka mengatasi masalah mereka. Adakah mereka dikurniakan bayi yang baru lahir namun mempunyai anak sulung yang perlu diberi perhatian dan aktiviti? Tawarkan untuk bantu hantar anak mereka ke sekolah atau bermain bersama anak anda beberapa minggu agar mak nya boleh berehat di rumah dan tidak perlu membawa bayi mereka berulang alik untuk hantar anak yang lebih tua ke tempat aktiviti.

7. Jemput

Layanan baik adalah satu seni yang banyak kita tinggalkan semenjak kita semakin mengorak langkah di zaman moden. Musim cuti sekolah atau perayaan adalah masa yang sesuai untuk menjemput tetamu untuk datang ke rumah kita. Anda boleh berehat setelah memastikan rumah bersih dan makan di luar rumah. Pastikan makanan itu mudah disediakan seperti laksa atau kfc bucket. Ingat, kita bukan nak kagumkan tetamu dengan skill memasak kita tapi untuk mengeratkan silaturahim.

Mudah saja kan untuk eratkan silaturahim kejiranan anda? Jaga kejiranan kita, kita membantu untuk cipta komuniti yang aktif dan bersatu padu menyelesaikan apa jua situasi yang melanda. Ianya bermula dari kita.