Program Zumba Siri I @ Pantai Batu Laut telah diadakan di Dewan Homestay Pantai Batu Laut dengan kerjasama Team Selangor, MPP MPKL Zon 23 dan JPKK Batu Laut.
Seawal jam 8.30 pagi, peserta hadir dengan penuh semangat untuk berzumba. Program ini memberi peluang kepada wanita setempat seperti suri rumah, ibu muda dan wanita bekerjaya untuk bersenam sambil bergaul mesra.
Kehadiran YB Datuk Haji Borhan Aman Shah, Ahli Dewan Negeri Tanjong Sepat turut menyerikan program dan memberi sokongan kepada usaha memperkukuh kesejahteraan komuniti.
Zumba Siri I ini diharap menjadi permulaan kepada lebih banyak program kesihatan melibatkan wanita dan keluarga di seluruh Selangor.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program. Anda adalah komuniti yang aktif dan sihat!
#TanjongSepat
#TeamSelangor
#KitaSelangor
#MalaysiaMadani
💃 CERIA PAGI AHAD BERSAMA ZUMBA DI BATU LAUT 💃
- ,
- , Hebahan, Program, TS Komuniti, TS Muafakat, TS Wanita